Salam..
Saya telah beberapa kali menggunakan search engine Google untuk mencari maklumat mengenai terkukur pesum tetapi tidak banyak yang menceritakan secara lanjut mengenai breeding Pikat Hutan + Betina Pesum menghasilkan pikat jugakah??
Untuk menjawab persoalan ini saya telah memotong tali kaki 3 ekor pikat iaitu EK (12 tahun), Jerun Separuh (JS~6 tahun) & Selang Coo2 (12 tahun) untuk dikahwinkan dengan induk pesum. Alhamdulillah JS & Selang Coo2 dalam proses bertelur dan mengeram. Anak Selang Coo2 dengan induk pesum telah menghasilkan sepasang tetapi mati anak betina. Dari pemerhatian saya ciri-cir Selang Coo2 banyak pada anaknya.
Keistimewaan Selang Coo2 saya ialah apabila sudah lock akan menekan sekali dan angguk 2x. Sekiranya di awal permainan akan bermula dengan 11x angguk, menekan 1x, 9x angguk, menekan 1x, 7x angguk, menekan 1x, 5x angguk.... sehingga lock pada 2x angguk. Bukan dari jenis sulam ataupun rojak kata orang Johor heee..
Mengapakah saya mencuba membuat bloodline dari pikat2 saya kerana saya ingin melihat sejauh manakah Induk Jantan (Hutan) + Pesum betina --> anak. Anaknya dikatakan lambat menjadi. Ini dapat dibuktikan kerana anaknya hanya mempunyai 50% darah pesum. Bagaimana pula kalau darah anak menjadi 75% darah pesum, adakah masih lambat menjadi pikat??? .
Ini kerana kalau kita lihat kembali, kedapatan ramai otai2 yang menggunakan pikat hutan untuk dikahwinkan dengan terkukur kahwin (istilah lain terkukur siam) untuk dibuat pikat sebagai contoh baka tongkat tua daripada sengaja saya rahsiakan.
Mungkin ada juga ramai menganggap saya breeding gostan kebelakang; kerana sudah kedapatan banyak induk jantan yang bersuara kampung dan mempunyai game pelbagai (
sulam@rojak) dipasaran. Di sinilah pemerhatian & penelitian penternak amatlah diperlukan kerana apabila kita membeli terkukur pesum tersebut (
sulam@rojak) dan diproses (dikahwinkan dengan betina pesum) kebanyakan anaknya mempunyai suara ayer (air) yang sangat jauh dari induk jantan (suara kampung). Mengapakah ini terjadi???
-sam