Salam..
BH berkahwin dengan BH biasanya sering terjadi di dalam ladung besar. Apa yang saya lakukan ialah memasukkan jantan dan betina dalam sangkar burung bersaiz 2'. Kemudian lebih kurang 6 bulan kemudian, kita akan dapati banyak yang botak bulu tengkok dan badan kecuali 2 ekor. 2 ekor tersebut merupakan sepasang terkukur dan boleh diasingkan di dalam sangkar breeding.
Kelebihan cara ini ialah kita akan mendapat jantan yang betul2 garang dan mudah dilatih menjadi pikat. Anak yang keluar bergantung kepada induk jantan & betina, biasanya lambat menjadi pikat.
Kelebihan ke-2 ialah kita akan mendapat induk betina yang sudah berpengalaman bertelur dan boleh dikahwinkan dengan pikat untuk diturunkan baka.
Kekurangannya walaupun kita menggunakan pikat, darah BH masih tinggi; maka anak yang yang terhasil biasanya lambat menjadi pikat kecuali kalau kita bernasib baik.
Sekian, terima kasih.
-Sam