Monday, 28 July 2014

kesilapan istilah dalam breeding

Salam

Jika dilihat rata-rata kaki terkukur akan bertanya soalan seperti berikut:-

1. Lapis ke berapa?

2. Generasi ke berapa?

Lapisan ke-berapa?

Lapisan membawa maksud berapa kalikah seekor burung telah menetas/laboh telor.
mengikut pemahaman saya sekiranya membeli lapis pertama & kesepuluh hasilnya masih sama kerana datang dari induk yang sama. Cuma yang berbeza mungkin lapis tersebut mengikut ciri -ciri yang manakah lebih dominan.

Generasi vs tetasan.

selalu disalah ertikan bilangan tetasan/lapis/laboh dengan generasi.  Generasi samalah juga dengan manusia bapak adalah pemula. Anak generasi pertama & cucu terhasil dari perkahwin generasi pertama adalah generasi ke-2. & seterusnya.

sekian, terima kasih.

sam

No comments:

Post a Comment