Salam..
Lama tidak menulis mengenai terkukur terutamanya mengenai breeding. Soalan yang biasa bermain di kepala saya ialah BAKA pesum yang hendak digunakan semasa breeding.
Kenapa saya menekankan mengenai BAKA; kerana kalau kita lihat tidak kira teknik apakah yang hendak kita gunakan dalam breeding mestilah dimulakan dengan Induk yang berkualiti. Di dalam kes terkukur bermakna kita perlu mencari pikat yang bagus dan begitu juga induk betina yang bagus. Tidak hairan sekiranya En Ali mencari betina yang lebat; biasanya burung sulam dijadikan induk betina (satu kemestian)
Cara mudah dengan membeli pikat pesum yang sudah mempunyai rekod yang baik dalam menangkap burung hutan. Di sini, kejujuran penjual sangatlah kita perlukan kerana ada penjual yang mengatakan burung tersebut dari baka A, tetapi pada hakikatnya yang dijual baka lain pula. Sebenarnya tidak menjadi masalah sangat kerana sekiranya burung tersebut mempunyai keturunan yang bagus; tidak menjadi masalah sama sekali. Tambahan dengan pengetahuan teknik breeding penternak boleh menghasilkan yang lebih bagus dengan syarat mempunyai pengetahuan dalam teknik breeding itu sendiri.
Kebanyakan otai pesum menggunakan kaedah crossbreeding dalam proses breeding. Kelemahan kaedah ini otai terpaksa melakukan selection pada setiap kali hasil yang keluar. Teknik ini mempunyai banyak kelebihan selain cepat mengeluarkan hasil yang boleh dijual seterusnya mendapat untung. TETAPI jika ingin kita bercakap mengenai seni breeding; bermakna otai tersebut tidak memahami ataupun belum mempunyai pengetahuan dalam menghasilkan burung yang baik melalui proses breeding. Ini adalah kerana semua orang boleh melakukan dengan hanya memasukkan sepasang terkukur dari baka tertentu kemudian terus boleh dijual.
Pemahaman mengenai genetik amat diperlukan di dalam proses ini termasuklah ciri-ciri pikat yang bagus. Ini kerana pada pendapat saya ciri-ciri pemikat yang bagus biasanya agak sama dari satu pikat ke pikat yang bagus. Lagi tinggi peratus ciri-ciri tersebut maka lebih bagus untuk kita meniru fizikal burung & yang utama ialah suara burung tersebut.
Bersambung..
Sam
No comments:
Post a Comment