Sunday, 23 November 2014

P.ramlee + secret weapon

Salam

Berikut ialah baka 3 darah P.Ramlee (jantan) + betina baka secret weapon Tuan Zul tangga batu. Menetas sepasang.

 Anak tidak kelihatan dalam gambar. Peringatan jangan cuba begini pada induk muda ditakuti akan terpijak anak nanti.

sekian, terima kasih.

Sam

Sunday, 16 November 2014

Jerun Separuh

Salam..

Jerun separuh dalam proses training.


Lihat pada kepak yang tebal dan tidaklah perlu mencabut ekor untuk melihat bulu pelepah.

Bakal menjadi pikat yang bagus.

Sekian, terima kasih.

sam

Friday, 14 November 2014

kampung vs pesum

Salam..

kampung bekas makan merah vs pesum baka 'tj' bekas makan kuning & baka 'lipan' dalam petak.

Sekian, terima kasih.

Thursday, 28 August 2014

2 Baka Baru Induk Pesum Dalam Percubaan

As-salam

Berikut 2 (dua) baka baru dalam proses menurunkan baka:-

1. Male: 2 darah Juling Pak Wan (garok)
    Female: 2 darah Burung hantu.

2. Male:  3 darah Tj (baka baru)
    Female: 2 darah tongkat tua.

Sekian, terima kasih.

Sam

Tuesday, 26 August 2014

Batch ke-3: masih 6 ekor

Salam..

Batch ke 2 bilangan bertukar ke-7 ekor.

Batch ke-3; bilangan masih sama 6 ekor walaupun terdapat induk berehat & ada juga induk baru (sangkar kuning).

Bercampur dengan 2 ekor dewasa adik beradik. 3 anak lain masih disuap induk.

Batch ke-4: sudah menetas 2 ekor & ada 2 induk mengeram.

Sekian, terima kadih.

Sam

Monday, 18 August 2014

Skru landasan keretapi (selain klip & paku)

As-salam..

Skru tersebut confirm besi selepas test dengan magnet & digrinder untuk menampakkan permukaannya.

Sekian, terima kasih.

Sam

Cast iron atau besi

Salam..

plate confirm besi; tapi skru macam cast iron.

Ada komen daripada sahabat-sahabat?

Sekian, terima kasih.

sam

Skru atau paku landasan

As-salam..

Ada sahabat bertanyakan tidak pernah dengar skru pun kat landasan keretapi.

Jadi terpaksalah terangkan di sini.


Anchor spike dalam rajah boleh terdiri dari paku ataupun skru.

soalan ke-2 manakah lebih tahan?
pada pendapat saya setiap part landasan mestilah memenuhi standard tertentu, jadi kualiti bahan mestilah bagus walaupun terdapat perbezaan pada komposisi bahan.

sekian., terima kasih.

sam

Pasak Kayu Cengal: Landasan Keretapi

Salam;

Pasak landasan keretapi untuk dibuat mata parang.  Bila sudah dibentuk dan disepuh akan  di pasangkan dengan hulu & sarung cengal mas. Untuk kegunaan sendiri.


Pasak kayu landasan keretapi.


Kayu cengal umtuk hulu & sarung.

sam

Friday, 15 August 2014

PESUM: Suara pesum vs Suara Kampung

Salam

Trend pesum sedang mengalami perubahan besar.

Persoalannya mampukah pesum bersuara kampung menakluk dunia pesum?

Lawan suara kampung adalah pesum bersuara ayer (kendur).  Melalui pengalaman saya masih tiada pesum bersuara kampung dapat mempunyai 'current' sebaik suara kendur.

Bagaimana pula jika pesum bersuara kampung yang mempunyai game temerang atau mempunyai suara memujuk & mengajuk?

Inilah yang dilakukan oleh saya dalam menurunkan baka terkukur.  Dapatkah terkukur pesum bersuara keras dengan kemampuan memujuk mengalahkan pikat pesum bersuara ayer.

Insyaallah jika diizinkan Allah swt saya akan menyenaraikan bapak2 induk pesum saya serta kehebatan mereka. (Sekadar untuk membuat rujukan sendiri.)

Baka bersuara keras adalah dari darah tj, turut, juling & campurannya dari baka Ridhuan.


Sekian, terima kasih.

sam

Wednesday, 13 August 2014

Burung Baru: Seladang jati + 3 Darah murai

As-salam..

Insyallah jika dimurahkan rezeki akan sampailah baka berikut penyeri reban breeding:-

Jantan: Seladang jati; 2 darah* tongkat tua Baka Ridhuan (umur 5 tahun; rekod sehari 9 ekor di Johor).

Betina: 3 Darah* baka murai Ridhuan. Umur 3 tahun tidak pernah menjadi ibu. Disimpan untuk diturunkan baka.

Ini merupakan saat yang dinantikan disamping menunggu 3 Darah* P. Ramlee (Rekod bapak 11 ekor main sehari) diturunkan menjadi bapak.

Sekian, terima kasih.

sam

*note:  Baka yang menjadi pasangan dirahsiakan

Sunday, 10 August 2014

Rajin keluar sepasang.

Salam.

Berikut ialah baka lipan + tj yang rajin bagi anak sepasang walaupun telur kecil-kecil.


Induk lipan jantan sedang bertenggek sebelum memberi makan anak2nya.

game induk jantan banyak angguk & betina suara garok kampung (tj)

-Sam

Saturday, 9 August 2014

First batch breeding memasuki fasa pemantauan

As-salam,

Terima kasih buat sahabat2 yang menurunkan ilmu memesum terkukur kepada saya.



1st batch anak terkukur sedang memasuki fasa pemantauan.  Fasa ini setiap anak akan dibuat observations mengenai kualiti burung tersebut.  Tahap pemantauan ialah level permainan semasa di laman.  Sekiranya saya berpuas hat barulah baka tetsebut mula dijual pada orang ramai.

Sekian, terima kasih.

sam

Thursday, 7 August 2014

E.K + Pesum Baka Ridhuan

As-salam & Selamat Hari Raya Aidil-Fitri;

Berikut ialah baka e.k (pikat kampung) 12 tahun menjadi pikat utama saya.  Jodohnya baka Ridhuan dari darah tongkat tua + p.ramlee.

 Gambar atas: anak jantan mati dipijak induk .



Gambar atas:  induk menjaga anak betina sahaja. Bakul telur terlalu kecil apabila kedua-dua induk duduk dalam sarang, anaklah menjadi mangsa. Induk muda first time bertelur.

sekian; terima kasih

-sam

Wednesday, 6 August 2014

Cara-cara pembuatan parang


Salam.


Pembuatan hulu:  Kayu cengal dibelah


Hulu dipasang pada mata parang




Sarung dibentuk pada kayu (sebelah sarung)



Sarung yang telah dikapak secara kasar


Sarung yang telah digosok syelek dan dicorak.



Syelek perlu dikeringkan sehari selum digosok dan disyelek semula. Kelihatan urat kayu cengal sudah mula berkilat & menjadi hitam.

sekian, terima kasih.

Monday, 28 July 2014

kesilapan istilah dalam breeding

Salam

Jika dilihat rata-rata kaki terkukur akan bertanya soalan seperti berikut:-

1. Lapis ke berapa?

2. Generasi ke berapa?

Lapisan ke-berapa?

Lapisan membawa maksud berapa kalikah seekor burung telah menetas/laboh telor.
mengikut pemahaman saya sekiranya membeli lapis pertama & kesepuluh hasilnya masih sama kerana datang dari induk yang sama. Cuma yang berbeza mungkin lapis tersebut mengikut ciri -ciri yang manakah lebih dominan.

Generasi vs tetasan.

selalu disalah ertikan bilangan tetasan/lapis/laboh dengan generasi.  Generasi samalah juga dengan manusia bapak adalah pemula. Anak generasi pertama & cucu terhasil dari perkahwin generasi pertama adalah generasi ke-2. & seterusnya.

sekian, terima kasih.

sam

Suara Bakal Induk Jantan

Salam

Bakal induk jantan.

http://vocaroo.com/i/s09TDAnp

Sekian, terima kasih.

sam

Friday, 25 July 2014

New born: Batch ke-3

As-salam

Batch ke-3.


Salah satu kandang pesum dengan anak tunggal.

Sekian, terima kasih.

sam

batch ke-2: Umur sebulan ke 6 minggu

Salam

enjoy breeding batch ke-2.


Sekian, terima kasih.

sam

Sunday, 29 June 2014

Wednesday, 2 April 2014

Hutan (Pikat) + Pesum --> Pikat ????

Salam..

Saya telah beberapa kali menggunakan search engine Google untuk mencari maklumat mengenai terkukur pesum tetapi tidak banyak yang menceritakan secara lanjut mengenai breeding Pikat Hutan +  Betina Pesum menghasilkan pikat jugakah??

Untuk menjawab persoalan ini saya telah memotong tali kaki 3 ekor pikat iaitu EK (12 tahun), Jerun Separuh (JS~6 tahun) & Selang Coo2 (12 tahun) untuk dikahwinkan dengan induk pesum.  Alhamdulillah JS & Selang Coo2 dalam proses bertelur dan mengeram.  Anak Selang Coo2 dengan induk pesum telah menghasilkan sepasang tetapi mati anak betina.  Dari pemerhatian saya ciri-cir Selang Coo2 banyak pada anaknya.

Keistimewaan Selang Coo2 saya ialah apabila sudah lock akan menekan sekali dan angguk 2x.  Sekiranya di awal permainan akan bermula dengan 11x angguk, menekan 1x, 9x angguk, menekan 1x, 7x angguk, menekan 1x, 5x angguk.... sehingga lock pada 2x angguk.  Bukan dari jenis sulam ataupun rojak kata orang Johor heee..

Mengapakah saya mencuba membuat bloodline dari pikat2 saya kerana saya ingin melihat sejauh manakah Induk Jantan (Hutan) + Pesum betina -->  anak.  Anaknya dikatakan lambat menjadi.  Ini dapat dibuktikan kerana anaknya hanya mempunyai 50% darah pesum.  Bagaimana pula kalau darah anak menjadi 75% darah pesum, adakah masih lambat menjadi pikat??? . 

Ini kerana kalau kita lihat kembali, kedapatan ramai otai2 yang menggunakan pikat hutan untuk dikahwinkan dengan terkukur kahwin (istilah lain terkukur siam) untuk dibuat pikat sebagai contoh baka tongkat tua daripada sengaja saya rahsiakan. 

Mungkin ada juga ramai menganggap saya breeding gostan kebelakang; kerana sudah kedapatan banyak induk jantan yang bersuara kampung dan mempunyai game pelbagai (sulam@rojak) dipasaran.  Di sinilah pemerhatian & penelitian penternak amatlah diperlukan kerana apabila kita membeli terkukur pesum tersebut (sulam@rojak) dan diproses (dikahwinkan dengan betina pesum) kebanyakan anaknya mempunyai suara ayer (air) yang sangat jauh dari induk jantan (suara kampung).  Mengapakah ini terjadi???

-sam  



Breeding : Baka-Baka Burung Pesum Terkukur

Salam..

Lama tidak menulis mengenai terkukur terutamanya mengenai breeding.  Soalan yang biasa bermain di kepala saya ialah BAKA pesum yang hendak digunakan semasa breeding.

Kenapa saya menekankan mengenai BAKA; kerana kalau kita lihat tidak kira teknik apakah yang hendak kita gunakan dalam breeding mestilah dimulakan dengan Induk yang berkualiti.  Di dalam kes terkukur bermakna kita perlu mencari pikat yang bagus dan begitu juga induk betina yang bagus.  Tidak hairan sekiranya En Ali  mencari betina yang lebat; biasanya burung sulam dijadikan induk betina (satu kemestian)

Cara mudah dengan membeli pikat pesum yang sudah mempunyai rekod yang baik dalam menangkap burung hutan.  Di sini, kejujuran penjual sangatlah kita perlukan kerana ada penjual yang mengatakan burung tersebut dari baka A, tetapi pada hakikatnya yang dijual baka lain pula.  Sebenarnya tidak menjadi masalah sangat kerana sekiranya burung tersebut mempunyai keturunan yang bagus; tidak  menjadi masalah sama sekali.  Tambahan dengan pengetahuan teknik breeding penternak boleh menghasilkan yang lebih bagus dengan syarat mempunyai pengetahuan dalam teknik breeding itu sendiri.

Kebanyakan otai pesum menggunakan kaedah crossbreeding dalam proses breeding.  Kelemahan kaedah ini otai terpaksa melakukan selection pada setiap kali hasil yang keluar. Teknik ini mempunyai banyak kelebihan selain cepat mengeluarkan hasil yang boleh dijual seterusnya mendapat untung.  TETAPI jika ingin kita bercakap mengenai seni breeding; bermakna otai tersebut tidak memahami ataupun belum mempunyai pengetahuan dalam menghasilkan burung yang baik  melalui proses breeding.  Ini adalah kerana semua orang boleh melakukan dengan hanya memasukkan sepasang terkukur dari baka tertentu kemudian terus boleh dijual.

Pemahaman mengenai genetik amat diperlukan di dalam proses ini termasuklah ciri-ciri pikat yang bagus.  Ini kerana pada pendapat saya ciri-ciri pemikat yang bagus biasanya agak sama dari satu pikat ke pikat yang bagus.  Lagi tinggi peratus ciri-ciri tersebut maka lebih bagus untuk kita meniru fizikal burung & yang utama ialah suara burung tersebut.

Bersambung..

Sam